Waww! Blog

Sejarah AJ

My places
Map of all locations where the profile owner has lived

AJ baru sahaja menempuh alam IM.
Dah masuk 3 tahun AJ explore dalam dunia Internet ini… :D

Pelbagai cabaran & dugaan telah Amin hadapi… :-)

Walaupun tidaklah terlibat secara langsung dalam Dunia IM (Internet Marketing), pengalaman dalam mereka design laman web memudahkan AJ untuk mencari idea untuk pembinaan laman web.

Sudah hampir 3 tahun membazir masa menghadap Internet ini tanpa mendapat RM RM sampai 4, 5 no, (2 nombor pun susah) namun Duit bukan segala-galanya.

Minat pasal internet ini bermula le masa AJ di UiTM Shah Alam, kira awal Mac 2006 dulu, AJ dikhabarkan mengenai laman web Affiliate di Tsunamiwang. AJ memang buta IT masa itu. Pasal laman web, nak buat laman web pun tak tahu langsung. Jangan dikatakan web, blog tu pun langsung tak tahu. Setakat buka E-Mel, Friendster itu lah yang selalu rajin online.

E-Book itu dah dibeli, tetapi sampai sekarang AJ tak follow hanya 1 aja AJ buat yakni dengan join Adsense Google. Ini kerana apa yang terkandung dalam E-Books tersebut terlalu baru bagi AJ dan orang yang buta langsung IT ini hanya dapat meraba-raba melayari internet.

Sehinggalah detik rasa keingginan untuk belajar membina laman web sendiri membuak-buak.

Kalau diikutkan waktu mula belajar buat laman web adalah melalui satu buku panduan belajar buat laman web dengan Microsoft Word. Belajar aje. E-Book tu pun dapat free. Hasilnya tak lah menarik langsung. Jadi AJ ada idea tercetus dengan mencuba pula Microsoft Publisher. Hasilnya kira menarik lah sedikit. Baru belajar test2x. Lepas itu teringin nak mencuba online kan web tersebut di web host percuma. Rasanya freewebs.com. AJ pun dah tak berapa ingat. Didapati slow giler r web itu nak load kat internet.. Tension. Cari idea baru…

Pening, pening tak tau camna nak buat satu hari AJ dapat fliers yang tawarkan macam2x produk E-Book, saat itu lah AJ baru mengenali Affiliate, sekitar April 2006 lebih kurang begitu. AJ beli ebook & sertainya affiliaten Intrena.com. Juga membeli CD panduan membuat laman web menggunakan Frontpage. Hasinya kira ok sikit. Memang time ini AJnya study dah tunggang langgang.. Dari dekan terus tak berdekan… huhuhu

Cuti Semester tiba. AJ baliklah kampung. Dalam dok design-design laman web, Kak AJ yang mengambil bidang diploma Sains Komputer mungkin banyak ilmunya. AJ waktu itu mengambil jurusan Diploma Mekanikal – Aeroangkasa.

Bertanya kepadanya apa yang dia belajar masa di di UiTM dulu & praktikal, dia nasihatkan AJ mempelajari design laman web dengan perisian Dreamwever. Waktu itu AJ guna Dreamweaver 8. Kira itu lah yang paling baru waktu itu.

AJ mempelajarinya waktu cuti semester 2 bulan itu dengan tekun.. Hasilnya AJ dapat mencipta sistem laman web berdatabase sendiri & dengan skrip pemprosesan Active Server Page (.ASP) yang mana kini telah dipasang di laman web http://dinar.com.my & laman web iklan Aminblog di http://dinar.com.my/aminblog. Dalam laman web itu sistem yang AJ berjaya lakukan adalah sistem administrator, membership. Ia telah dipasang selepas AJ tamat pengajian pada Mei 2007 manakala web dinar.com.my/aminblog dipasang waktu masuk hari pertama bulan puasa.. Kisah sebelum tercipta sistem laman web tersebut AJ telah pun membuat beberapa laman web yang menggunakan sistem itu yang mana diperingkat fasa 1 fasa asas tanpa sistem adminstrator. Bermula dengan laman web kelab aerospace AJ, setup web 2 halaman sahaja. tetapi dengan adanya database, kandungannya seolah-olah banyak. Boleh jadi unlimited.. Saja buat nak bagi tarik hati Lecturer. Hehehe.

Kemudianya AJ mulalah mempelajari bagaimana untuk transfer ke hosting. Pada waktu itu AJ memang kedekut. tak mahu keluar duit untuk hosting. Dah serik join Affiliate dah dapat komisyen tup tup web itu dah tak ade. Payoutnya tinggi waktu itu. Adeler kat RM30 lebih.. Burn aje.. Habis duit dah kat RM200 lebih promote ngan sponsor member. taxpala, takde rezeki

So AJ belajarlah pakai guna laman web www.brinkster.com. AJ buat laman web aminblog.brinkster.net. Rasanya laman web itu masih ada lagi cuma tak berfungsi dengan betul sedikit. Kalau diikutkan jika di test secara localhost (komputer sendiri) ok sahaja tetapi di brinkster itu macam ada masalah. Terlalu memeningkan kepala. Waktu itu AJ dikhabarkan di Google menawarkan web bercirikan Blog. Apa itu blog? AJ mula explore pelan2x dan kini web AJ seperti http://friendmaster.blogspot.com, flash-friendmaster.blogspot.com, http://friendmasterkit.blogspot.com, http://friendmasterkit-birthday.blogspot.com. AJ belajar blogspot dengan mereka design template sendiri. Jika dilihat dari web AJ semuanya tak jauh berbeza. hanya http://dinar.com.my sahaja lain kerana perlu serasikan template asal orang terdahulu bikin laman web itu. Dulu format .html, AJ bagi upgrade .asp.

Sebenarnya matlamat AJ adalah untuk membina laman web Affiliate AJ sendiri. Namun amat perit juga sistem affiliate mutli level dimana ada referer & referer lah AJ buat lesap begitu sahaja. Sayang seribu kali sayang lapotp yang AJ gunakan mencipta web tersebut telah dicuri di Stesen bas Pudu. sekitar sebelum puasa 2007. Hancur & musnah lah segala-galanya. AJ takada simpan ke dalam DVDpun sistem website yang AJ binakan itu. Alhamdulillah apabila dilihat kembali PC lama AJ, sistem web aminblog yang lama masih ada lagi. Ia hanyalah 40% daripada yang AJ buat di laptop. Apakan daya daripada tak ada langsung baik. AJ guna buat kembali.

Kini laman web tersebut bersemadi begitu sahaja. AJ tak update, AJ tak buat apa-apa kerana terlalu sibuk bekerja di kedai telekomunikasi Paksu. Sampai pertengahan 2008 AJ dapatlah beli laptop baru, Compaq Presario v3828. Selang seminggu keluar versi terbaru Compaq CQ40 yang power lagi dari ini. Agak frust jugak. harga lebih kurang aje.

AJ perlukannya sebab terasa AJ tetap nak explore dunia Internet ini. Kira takde internet ni buat AJ tak senang nak duduk.

Laman web ini adalah milik paksu. AJ hanya membantunya menaiktaraf mengikut pengetahuan AJ. update produk-produk hp.

Kisah AJ dengan MyPortal

Oktober 2008 AJ dihebokan tentang My Portal, berminat juga dengan MyPortal ini. AJ pun join & sertai promosi jualan produk hosting portal ini. Ada jugalah pendapatan sampingan.

Dah rasa malas nak fikir membuat sistem laman web yang terlalu memeningkan, AJ ada terjumpa laman web dari En. Amirol, produk pakej web jualan. So dah ada sistem affiliate. AJ berminat dan membelinya pada Jan 6, Ah, semudah ini. Mat salleh dah membikinnya, kita just guna sahaja yang pastinya sistem affiliate ini sama 100% serupa digunakan laman web tsunamiwang itu.

Ah.. banyaknya masa AJ terbuang! kalau AJ dapat dari awal tidaklah AJ tension berfikir dengan skrip2x asp yang jauh lebih susah daripada skirp .php ini.

Alhamdulillah dalam masa 2 minggu maka, siaplah AJ mensetup laman web affilite wawwi.com yang menjual produk my portal untuk permulaan. Atas pengalaman AJ mereka design, AJ dah tidak ada masalah sangat hendak memasang affiliate, autoresponder, mailing order & databasenya. Laman web wawwi.com ini pun telah AJ langgan dari sempoihosting 7 jun 2008 sebelum membeli laptop baru. Teringin nak belajar macam mana nak membuat laman web dengan skrip php pula. :D

Selama tempoh 7 bulan laman web wawwi.com ini terbiar kosong sahaja. Hinggalah Februari 2009 AJ setupnya. Kini sudah masuk tahun pertama AJ, terasa nakkan sedikit pembaharuan di laman web wawwi ini, so transferlah ke hosting berbayar di Namsahaz. Amik pakej 1GB. Saiz yang besar membolehkan AJ memasang blog. AJ baru sahaj memasang blog ini. Baru 7 hari lepas. Mula 9hb. sebelum itu AJ setup kakimain.com web AJ dulu. Ini web hosting berbayar AJ. Namun kandungannya masih kosong.

Kisah AJ dengan WordPress

AJ ada melihat web blog orang lain menarik-menarik sungguh. apa yang diorang guna ye. ooo WordPress.. lalu AJ pun cubalah memamsangnya. Kira Noob (Newbie) lah AJ ni dalam dunia WordPress. Jika AJ tahu pasal blog ini mudah sungguh digunakan. Rasanya dulu pernah cuba2x pasang guna frantastico. So teringat gunakannya. Mudah aje pasangnya. Newbie macam AJ nak setup pun amik masa 2-3 min. dah terpapar Worpress defautl skin. So sampailah sekarang AJ try-try, dan jumpalah layout yang menarik ini. (berkenan tengok laman web lisahilmi.com) so carilah layout sampai jumpa.

Kalaulah 2 tahu dahulu AJ tahu pasal WordPress ini, tidaklah AJ mengalami pengalaman perit menjadi seorang yang buta IT kepada pereka design laman web & Insayaallah kini AJ hanya akan memfokuskan diri kepada pemasaran internet yang lebih mencabar.

Dengan WordPress, MyPortal, Blogspot, anda boleh membuat laman web anda sendiri dengan mudah. Janganlah menjadi seperti AJ yang tersalah langkah lalu masa banyak terbuang begitu sahaja. Apa-apa pun setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kalau AJ tak diuji kepayahan, masakan AJ kini boleh menyetup web wawwi.com & forum wawwi sendiri dengan mudah. Tak perlu beli produk tutorial orang lain, kit blog etc, sebab AJ dah ada Ilmu kemahiran laman web yang AJ ikhtiarkan selama ini. Pengalaman ini lebih bermakna dari pada wang ringgit.

Sekarang ada krisis sedikit. Dah dekat 2 bulan tanam anggur di rumah, menjadi blog sepenuh masa lah kali ini. AJ baru start di awal Jun ini. Bulan2x lepas main game dota aja. sampai gile dota, vampirsm etc. Dah krisis kocek kering, duit dalam bank dok dikorek2x aja. Kena mulakan dari awal balik set minda membuat marketing blog. :-)

Lain kalilah AJ sambung cerita lagi… sakit pinggang belakang dok membongkok lelama.. nak g solat asar dulu.. zazzz….

Help spread it. Sharing is Caring:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Reddit
  • Technorati
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz


Add to Technorati Favorites Bookmark and Share

Rahsia Iklan Super Efektif