MajalahIM volume 13/Mei 2009 – Review
16th June, 2009 oleh Wawwi.com
Waww! Difailkan dalam
BLOG, Download Free, E-Zine Malaysia, Informasi, Magazine, Majalah, Review
Pro Blogger? Ape tu? Ingin berBlog… Errr macam mana ye?

Kini Rahsia pakar-pakar Pro Blogger Terbongkarlah sudah apabila terbitnya MajalahIM edisi 13/Mei 2006 dibawakan khas dari Team FlareBiz Network. Isu kali ini lebih hangat dari biasa kerana kandungan topiknya yang sangat rahsia dalam rahsia & sukar untuk diperoleh dari pakar-pakar blogger atas kecenderungan mereka menjadikan segala ilmu mengenai blog ada harganya… (Melabur wang untuk mencari ilmu apa salahnya kan?)
Hal ini menjadikan blog unik & penuh tersirat, ibarat lubuk emas di dalam hutan belantara di atas gunung samutera.. Segala tips-tips dan trick dicungkil satu-persatu. Namun adakah Ilmu & kemahiran berblog ini mudah diperoleh macam di pasar lambak? (Bukan senang beb.)
Isu kali ini lebih panas kerana ditambah pula sejak kebelakangan ini banyak buah mulut yang dapat kita dengar mengenai blog & buat duit dengan berblog samada dalam surat khabar, TV, radio, media cetak, web terkenal dan sebagainya. Ramai yang mula kembali sedar akan kepentingan blog & ada yang teringin untuk memiliki blog bagi yang buta IT mahupun sudah celik IT (macam AJ
). Saat-saat ini sememangnya dinanti-nantikan sama ada newbie mahupun blogger sedia ada apabila Team FlareBiz mengambil initiatif tepat masanya menerbitkan MajalahIM kali ini yang penuh berinformasi & bermanfaat dengan topik panas ini! Ibarat seperti pucuk dicita, ulam yang mendatang.
Apa itu blog? Untuk rakan-rakan newbie yang baru sahaja ingin menjejakkan kaki dalam dunia berblog ini perlulah mengetahui istilah sebenar blog. Makna yang tersirat mengenainya serta pemahaman yang betul. Di dalam MajalahIM menjelaskan secara terperinci latar belakang mengenai blog, penjelasan yang cukup lengkap tetapi ringkas yang pastinya mudah difahami.
Di sini AJ ingin memberikan sedikit review mengenai kandungan topik-topik hangat ditambah pula isi kandungannya yang lebih menarik, tertarik dan tertawan (peh.. covernya makin cantik… sedap mata memandang. tergoda AJ…..
) di dalam MajalahIM 13 kali ini.
Tajuknya kali ini ialah ‘Pro Blogger’. (Jeng jeng jeng……)

Di antara topik-topik yang diketengahkan kali ini adalah pertama sekali ialah Pengenalan Kepada Blog dimana anda akan mempelajari & memahami istilah blog serta asas kemahiran berblog.
Topik yang kedua ialah 10 Tips-Tips Berblog dimana dicungkil rahsia tips-tips & trick dalam berblog ini kebanyakkan pro-pro blogger sembunyikan. Anda akan diajar cara-cara menulis artikel blog yang berkesan & lagi mantap. Hal ini sangat penting bagi memastikan pengunjung setia blog anda tidak jemu-jemu melawat serta meningkatkan lagi trafik ke laman blog anda.
Topik seterusnya, Jenis-Jenis Blog yang ideal untuk anda ketengahkan di blog anda. MajalahIM menperincikan blog ini mempunyai beberapa kategori supaya pemikiran anda lebih terbuka & mendapat ide bagi jenis blog yang anda perlu lakukan & berdasarkan ‘niche’ serta minat utama anda.

Seterusnya, topik yang WAJIB anda baca ialah rahsia Menjana Wang Dari Blog. Sesiapa pun nak buat duit. Namun jika langkah pertama sudah salah, anda akan membazirkan masa anda yang banyak kerana untuk menjana pendapatan melalui blog bukannya mudah. Jadi, di dalam topik ini anda akan mempelajari bagaimana untuk menjanakan pendapatan melalui blog anda dengan cara yang betul. Terdapat dua kategori menjana wang di blog yakni samada menjana pendapatan secara langsung dan secara tidak langsung. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci silalah dapatkan MajalahIM dan fahami topik ini betul-betul kerana anda mungkin bakal usahawan internet berjaya yang dapat menjana sehingga 5 angka sebulan.
Tidak lupa pula jika anda merupakan blogger-blogger tanah air yang buntu tidak ada ide samaada mengemaskini blog atau menambah artikel-artikel baru di blog anda. Topik Idea Kemaskini Blog di MajalahIM ini penyelesaian permasalahan anda. Baca, fahami dan bertindaklah sekarang! Tingkatkan trafik di laman web kerana lagi banyak anda mendapat pengunjung tetap, lagi banyaklah wang yang akan anda peroleh.
Pro Blogging untuk Pelbagai ‘Niche’ ini adalah siri sambungan dari di topik Jenis-Jenis Blog. MajalahIM mendedahkan kepada pemilihan blog yang befokus kepada sesuatu bidang (Niche) & menjelaskan ciri-ciri seseorang Pro-Blogger, apa yang patut anda lakukan dan apa yang tidak patut anda lakukan jika anda ingin bergelar Pro-Blogger. Ciri-ciri displin diri yang diketengahkan di MajalahIM cukup penting supaya kredibiliti anda sebagai Pakar dalam blog kelak bukan calang-calang.
Semestinya setiap bulan, MajalahIM akan mewawancara salah seorang Usahawan Internet dan kali ini untuk topik Pro Blogger ini Team FlareBiz telah menemubual bersama-sama dengan En. Rohaizad
yang tidak asing lagi yang diwawacara oleh Mohd Muslim atau lebih dikenali sebagai Milsum dan laman web utamanya ialah www.rohaizad.com.
Anda akan didedahkan segala pengalaman yang pernah ditempuhi beliau, tips-tips menjadi pro blogger & yang menariknya bagaimana beliau berjaya mengurus hampir puluhan blog-blog miliknya yang menjanakan pendapatan lumanyan. Diharap dengan sesi temubual ekslusif ini dapatlah membarakan semangat anda lagi untuk terus bersaing & berjaya dalam pasaran internet ini. Diharapkan anda memperoleh inspirasi serta boleh menjadikan beliau sebagai role model Usahawan Internet yang berjaya.
Inilah sedikit sebanyak review yang AJ sempat buat walaupun ada banyak lagi topik-topik yang menarik & perlu diketahui seperti Berita mengenai MajalahIM & isu Polisi Pengambilan Semula wang pelanggan di ClickBank.

Di kesempatakan ini, ini AJ menyampaikan ucapan sekalung TAHNIAH! diucapkan kepada Pengarah Urusan, En. Adly Mukhtar & En. Mohd Zhafran, Editorial Majalah IM, Rawaida Kamarudin selaku Editor Eksekutif serta Team FlareBiz Network yang lain kerana dapat menganjurkan Bengkel Minisite bertempat di pusat Jom Training, Bandar Tasik Selatan serta berjaya menerbitkan MajalahIM tergempar ini. Tahniah diucapkan!
MajalahIM kali ini Best!!!!!
Anda bolehlah memuat turun MajalahIM ini secara PERCUMA di web rasmi MajalahIM di http://www.majalahim.com
Dapatkanya sekarang sebelum terlepas! AJ berasa kerugian teramat sangat kerana tidak mengikuti MajalahIM ini dari volume 1 hingga ke 12. Wah mesti banyak pengetahuan dapat dipelajari kalau dapat MajalahIM ini dari awal-awal lagi. wawwi….! Dengan adanya MajalhIM ini dapatlah AJ bermotivasi dalam diri serta lebih fokus & mempunyai ciri-ciri sebagai Pro-Blogger seperti yang diketengahkan MajalahIM ini. Insyaallah.
Muat turun MajalahIM dapatlah dibuat dengan melayari http://www.majalahim.com
PS: Dengan MajalahIM 13/Mei 2009 ini segala kebuntuan anda untuk mula berblog pasti terjawab.

Download MajalahIM 13/Mei 2009
Related Links/Pautan Cadangan :
1. Topik Hangat Jun 2009: MajalahIM 14/Jun 2006 – Jual Semula Produk Digital
2. MajalahIM 13/Mei 2009: Pertandingan Review MajalahIM edisi 13
Possibly Related Posts:
- Pay Per Post Program
- Lets Skype! :-)
- Panduan Domain dan Hosting Percuma
- MajalahIM Volume 15 – SOCIAL NETWORKING | SEM REVIEW
- Yahoo Messenger Online Now Icon

















“Semestinya setiap bulan, MajalahIM akan mewawancara salah seorang Usahawan Internet dan kali ini untuk topik Pro Blogger ini Team FlareBiz telah menemubual bersama-sama dengan En. Rohaizad yang tidak asing lagi atau lebih dikenali sebagai Milsum dan laman web utamanya ialah http://www.rohaizad.com.”
Aku rasa ko dah salah faham. Aku bukanlah Milsum dan aku tidak pernah “dikenali sebagai Milsum”.
Mungkin ko kena banyak membaca sket kot
Anyway, thanks for the review.
[Reply]
Amin Johar a.k.a AJ Reply:
June 16th, 2009 at 8:41 PM
Semestinya setiap bulan, MajalahIM akan mewawancara salah seorang Usahawan Internet dan kali ini untuk topik Pro Blogger ini Team FlareBiz telah menemubual bersama-sama dengan En. Rohaizad yang tidak asing lagi yang diwawacara oleh Mohd Muslim atau lebih dikenali sebagai Milsum dan laman web utamanya ialah http://www.rohaizad.com.
Harap maaf, kerana ada sedikit salah faham disini. Salah saya tak double check sebelum kirimkan review ini. Ada yang terhilang semasa saya memasang gambar tadi. Terima kasih atas tegur En. Rohaizad tadi.
[Reply]
No problem. Anyway, teruskan blogging sebab banyak duit yang kita boleh jana dari aktiviti blogging ni.
[Reply]
Amin Johar a.k.a AJ Reply:
June 21st, 2009 at 11:02 PM
Terima kasih memberi galakan En. Rohaizad. AJ boleh dikatakan hari2x datang ke laman web En. Terlalu banyak info2x yang bermanfaat di web En. AJ tengah cuba 1 per 1 yang ada di sana. Hari ini AJ baru sahaja daftar Payu2blog.com. Ada rezeki kot leh dapat job assignment ke nanti.. Mudah-mudahan.. Amin
[Reply]