Mungkin tidak kelewatan untuk AJ mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 ini. Sudah masuk tahun baru pun.. Yey!
Artikel kali ini tidaklah AJ nak sampaikan panjang-panjang kerana sekadar untuk menyatakan beberapa Azam dan tindakan baru untuk 2010 ini.
Ohya, AJ baru sahaja sebentar tadi membaca artikel yang menarik dari En. Amirol Zolkifli yang bertajuk 2010 Untuk Bertindak Dan Berhasil. Menarik artikel ini dan jika saudara/i kelapangan bolehlah membaca artikel beliau.
Di sini AJ ingin membincangkan tindakan atau pelaksaan AJ untuk tahun 2010 ini agar mencapai matlamat yang selama ini terbuku dalam hati.
Tindakan pertama AJ dalam tahun 2010 ini adalah menaik taraf & memperincikan dokumentasi pengunaan Wawwi Minisite, produk sistem Minisite D.I.Y (Do It Yourself) agar menjadi lebih mesra pengguna. Fuh penatnya 2009 ini. Terlalu letih juga membuat online coaching dan support produk Wawwi Minisite ini. Semoga dengan adanya dokumentasi yang lengkap untuk Wawwi Minisite ini dapatlah memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat dimanfaatkan oleh peniaga-peniaga online serta mereka yang bakal bergelar Internet Marketer.
Tindakan kedua AJ adalah untuk menyusun strategi berkesan dalam peperangan Alexa Ranking dan PR (Page Rank) untuk web AJ ini. Tindakan perlu dilaksanakan agar tanggal 9 Jun 2010, genap 2 tahun domain wawwi.com ini mencapai ranking 100K. Insyallah, akan AJ usaha lebih lagi dari sekarang.
Tindakan ketiga AJ untuk 2010 adalah sentiasa berjimat cermat dalam perbelanjaan agar mampu untuk menabung / menyimpan sekurang-kurangnya RM10K.
Insyallah 2010 ini, segala usaha, strategi dan tindakan yang bersesuaian perlu dirancang dengan rapi.
Marilah rakan-rakan semua mengorak langkah mengejar matlamat yang saudara/i ingin kecapi dan bertindaklah dari sekarang agar tindakan tersebut mampu mencapai matlamat yang terbuku di hati rakan-rakan semua itu, walaupun mungkin sebahagian matlamat sahaja. Sekurang-kurangnya ia lebih baik kerana anda telah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL UNTUK BERTINDAK mencapai matlamat yang diingini.
Semoga tahun 2010 ini membawa harapan dan kejaayan yang lebih baik dari tahun-tahun lepas. Insyaallah, semoga belajar dan berusaha. Usaha Tangga Kejayaan.




Selamat tahun baru AJ..Semoga selepas ni AJ akan makin mahir berSEO..:)
Oh ya, saya lupa ucapkan happy belated birthday untuk AJ.
Dapat tau pun dari blog rohaizad yang lepas…baca-baca komen,
terbaca komen AJ, hehe…
Saya tengok pelan tindakan AJ pun memang banyak yang kena buat.
Saya yang sekadar part-time blogger ni pun sekadar boleh melakukan sedikit untuk tahun ni. Kena fokus untuk buat final tesis…nak dapatkan segulung sijil master. Saya rasa AJ tak perlukan sijil untuk bergelar professioanl SEO tracker…ni pun dah cukup hebat bagi saya…:)
Tentang widget AJ tu, saya ada try letak kat layout>edit html,
tapi tak kuar apa-apa pun…inilah kekurangan blogspot…:)
Tq..

Huhuhu takpa2x…
At least dapat wish juga.. TQ
Erm Bluedianthus ada FB tak? Orang kedah kat sini suka panggil MukaBuku..
Besa update2x apa-apa y patut aja.
ohoho AJ pun lani cam layan aja FB nih..
Oh pasal widget itu, Erm AJ try lik test, mungkin ada error. Kalau ok nanti AJ inform bluedianthus ya.
Owah, awk amik master ya. Kena concentrate kat master ni. Fokus2x dan bersemangat lagi ya.
AJ pun tumpang gembira juga kalau awk berjaya kelak.
Erm pelan tindakan AJ tahun ini mungkin ada yang sedikit membebankan. Motivasi dalam diri teramat diperlukan.. Nak fokus sepenuh masa pun konsentrasi banyak terjejas. Cam blur lak lani.. hehehe. Buat aktiviti riadah leh tingkatkan lagi daya tumpuan.
Ok. Nak jalan2x kat luar rumah jap g. hehehe