KISAH HIDUP BERANI GAGAL MEMILIKI DOMAIN PERCUMA
Memiliki domain sendiri suatu yang AJ idam-idamkan sejak dari 2006 lagi. Waktu itu AJ mengimpikan untuk memiliki nama domain friendmaster.com. AJ langsung tidak tahu hal berkaitan domain dan hosting lebih-lebih lagi Domain Percuma. Apatah pula Domain Berbayar.
Macam mana nak beli domain berbayar nih?
Berapa harganya?
Ada tak yang murah ya?
Ada domain sahaja boleh guna untuk blogspot tak?
Ada tak domain percuma ker?
Dan pelbagai persoalan AJ cuba untuk mempelajari selok belok berkaitan domain.
Antara usaha HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang pertama AJ cuba lakukan adalah dengan memiliki terlebih dahulu blog blogspot. http://friendmaster.blogspot.com. Pada waktu ini versi Klasik/Versi (alfa). Tidak ada lah blog versi Beta sekarang ini. Arena berblogging pada waktu itu tidaklah sehangat kini. Hampir setahun selepas itu, AJ mencuba untuk mendapatkan nama domain yang diimpikan. Sayangnya ia telah dikebas orang…
Pengajaran AJ di sini, USAH BIARKAN DOMAIN YANG DIINGINI DIKEBAS ORANG. Bertindak sebelum terlambat. AJ HIDUP BERANI UNTUK GAGAL memiliki domain yang diingini.
Tahun 2007, AJ ada lah tau serba sedikit mengenai domain percuma pula, .tk, cc.cc, dan co.cc. Namun demikian waktu tersebut agak mustahak kerana Final Year nak kena pulun (dari bahasa kedah – bekerja keras) study untuk akhir semester. Berjaya lah juga graduate on time.
Hal berkaitan untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mempelajari dan memiliki Domain Percuma, aduh, AJ masih belum tergerak hati untuk belajar dan memilikinya.
Setelah hampir setahun bekerja, AJ masih lagi di tampuk yang sama. Tidak memahami lagi domain percuma mahupun domain berbayar. Selepas mempunyai domain berbayar sendiri pada tahun 2008, dan di Akhir Oktober 2009, barulah AJ tergerak hati semula untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL memiliki domain percuma yang telah lama terbenam di lubuk sanubariku. Akhirnya timbul juga.. Inipun kerana AJ mahu menghasilkan e-book percuma bernama Domain dan Hosting Percuma. Nak kena cari Domain Percuma yang menarik untuk diketengahkan.

E-book Percuma keluaran pertama AJ. Lebih dari 400 orang sudah memuatturun.
AJ mulai melayari laman web www.co.cc dan inilah pertama kali datang (Rasanya pernah datang lah, ntahlah bila dah lupa) ke web tersebut. Kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Domain Percuma AJ bermula di sini. Layar mula dilabuhkan dan bermulalah pelayaran Domain Percuma mempelajari selok belok domain tersebut untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
www.co.cc
Domain.co.cc ini cantik dan menarik. Kalau lawyer (peguambela) memang diorang suka kat nama yang berakhir co. ini. Pst! Jual kat lawyer masyuk 2…!
Dipendekkanlah cerita, bagi rakan-rakan yang masih tidak memiliki Domain Percuma atau masih menggunakan namablog.blogspot.com lagi, bolehlah mencuba HIDUP BERANI UNTUK GAGAL memiliki nama Domain Percuma yang cukup menarik ini. Domain.co.cc atau .tk atau .cz.cc ini nama domain yang pendek dan kelihatan domain berbayar. Baru syok!
Di sini AJ hanya menjelaskan cara-cara anda untuk memiliki domain.co.cc sahaja ya.
www.co.cc
LANGKAH-LANGKAH MENDAFTAR DOMAIN PERCUMA
Mula-mula sekali, silalah membuat pemilihan domain percuma terlebih dahulu. Korang boleh mencubanya di sini.
Boleh juga ke www.co.cc untuk cuba membuat carian nama domain yang anda ingini itu. Pilih domain yang percuma sahajalah ye sebab ada nama domain yang cantik-cantik kena bayar.
www.co.cc

1a – Masukkan nama domain yang anda ingini.

2a – Pastikan nama domain berstatus Available.
2b – Pastikan nilai harga ialah $0.
2c – Jika semuanya telah ok, klik button untuk teruskan mendaftar.

3a – Sila klik link Create an account now untuk membuat domain baru.

3b – Isikan maklumat peribadi anda untuk mendaftar akaun domain percuma.

3c – Klik check pengesahan Terma Servis menandakan anda bersetuju.
3d – Akhir sekali klik bebutang Create an account now. Membina akaun.

4a – TAHNIAH! Anda bakal memiliki domain percuma tersebut. Selepas ini domain perlu disetkan.
Klik pada bebutang set up.
Setiap 1 akaun yang korang buat boleh setup lagi 2 domain lagi secara percuma. Hal ini bermakna dapat lah 3 domain percuma per akaun.
www.co.cc
Baguskah menggunakan domain percuma ini?
Ya bagus! Disamping percuma, selain dari itu domain ini mempunyai status Geo-targeting antarabangsa. Jadi, lebih mudah untuk anda membuat Search Engine Optimization (SEO) untuk mendapat rangking dan traffik dari carian Google.com mahupun Google.com.my. Salah satu peserta cabaran SEO HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang telah berjaya membawa domain.co.cc nya ke rangking cukup baik ialah www.melayubolehzone.co.cc. TAHNIAH!
Apa ditunggu lagi? Cepat-cepatlah mendaftar di www.co.cc sekarang! Sementara masih percuma.. hehehe
www.co.cc
Atau, jika anda berasa artikel ini menarik, tetapi tak mampu nak donate (menderma) apa-apa, boleh lah daftar 1 domain percuma ini melalui link AJ di http://wawwi.com/blog/free-domain.
Blog anda akan disenarai putihkan di artikel ini. Terima kasih.
- www.hire-me.co.cc
- www.seribarakah.co.cc
- www.maldinifaridkamil.co.cc
- www.asmanabdullah.co.cc
- www.fixmyproblems.co.cc
- www.nurulhayati.co.cc
- www.imranshamsir.co.cc
- www.thejutawan.co.cc
- www.21cyber.co.cc
- www.mabrookestore.co.cc
Artikel seterusnya, AJ akan tunjukkan bagaimana anda boleh HIDUP BERANI UNTUK GAGAL setup domain.co.cc percuma ini ke blogspot anda. Ia akan menjadikan seolah-olah blogspot anda menggunakan domain berbayar. Cukup menarik!
www.co.cc
Maklumat lanjut berkaitan domain dan hosting percuma bolehlah memuatturun e-book, Domain dan Hosting Percuma ini sementara AJ update artikel yang seterusnya.

E-book Percuma keluaran pertama AJ. Lebih dari 400 orang sudah memuatturun.
Kini anda pula.






cam ne nk buat ek?blur plak..ajarkan bole?
@sarahata,
Hi…
Nak buat apa ya? Artikel ini membincangkan cara untuk mendaftar domain percuma. Sudah mendaftar domain?
Artikel seterusnya nanti baru AJ bincangkan cara untuk membuat setup domain percuma ke blogspot.
Setup sebegini sesuai untuk membuat blog baru sahaja. Akan dibincangkan untuk artikel seterusnya. Tunggu…
Terima kasih kerana melawat blog AJ.
Hmmm..A’An dah join dot cc.cc & dot co.cc dulu (maybe last 2 month) tapi dia ada syarat to activate or setup within 48 hours klu tak silap…
Jap nak try check dulu…???…Haaa…masih hidup pun…
rupa2nya A’An dah redirectkan iradinar.co.cc ke A’An’s Blog…
Tak perchaya??? cuba KLIK http://www.iradinar.co.cc sekarang…
Hehehe…Makasih AJ ingatkan A’An dgn .cc nie…
Tips: Sila ‘list’ kan apa jua aktiviti atau program yg anda join supaya dapat refer balik bila kita terlupa. Tulis dlm diary, Excel atau seumpamanya sgt berkesan.
@A’An,
Oh, bagus2x..
Yup betul tu. kena setup dalam 48 jam.
Ops, AJ try domain itu tak redirect ke blog A’An lah. status available pula..
Ohya, Untuk simpan maklumat/laman web yang dah dijoin AJ lebih suka guna delicious.com. Pergi mana-mana pun AJ simpan web yang pernah AJ join di social bookmark ini. Tak perlu nak hafal URL web atau menulis. Sungguh bermanfaat.
salam..cik wawwi.nk mntak tolong nie..nk cik kulanz ade bgtau.kalau nak buat domain,kene tnye kt awk.camne nk baut??yg murah2 ke yg free2 ke ade tak??tolong koment kt shoutbox sy ok..takot2 sy terlupa..hehehe
http://wwwcybertechz-zoulsara.blogspot.com/
@ZouL,
Waalaikummussalam
Domain yang paling murah cuba check di http://wawwi.com/blog/domain-murah dan domain percuma pula di http://wawwi.com/blog/free-domain
Harap dapat membantu.
good info and sharing. thanks bro
@diaien
Sama-sama
Selamat berblogging dan menjana pendapatan melalui blog.
ok..tq for this help…
@ZouL
Sama-sama ZouL.
Artikel seterusnya nanti AJ explainkan cara untuk setup domain percuma ini ke blogspot ya.
Setup yang dikhaskan untuk blog baru nak dibina sahaja.
[...] This post was mentioned on Twitter by DenaiHati and Amin Johar, Naz. Naz said: RT @aminjohar: DOMAIN PERCUMA UNTUK SEMUA BLOGGER http://bit.ly/6YChF1 [...]
oo xtau lak co.cc seo die lagi sng.. nice info bro.. baru tau ni. sebelum ni wt domain free sbb xnk beli yg byr tp xtau lak kelebihan co.cc ni.. hehe
@JohnJimat,
Ya. domain ini berstatus antarabangsa. So nak main SEO untuk Google.com pun tak sesukar domain yang didaftarkan di Malaysia. Berjaya dapat top 1st page di Google.com, maka secara tidak langsung akan dapat rank di mana-mana google.com.my, .co, .sg dan sebagainya. Serius best!
Free pula tu..
Wawwi aka AJ,
Mmmm…yg FREE tu cuma domain jer kan…ada tak FREE Hosting?
atau pun nak lebih lagi…FREE autoresponder?
Klu ada canteeekkkk…….inform2 la kat kitorg k….
@A’An,
Eh, lajunya… Slow2x. AJ menyampai apa yang ada di blog ini secara berperingkat-peringkat.
Bermula dengan domain, kemudian hosting, seterusnya pemilikan weblog Wordpress. Apabila sudah maju bolehlah memulakan operasi mailing list menggunakan autoresponder.
Penyampaian melalui blog ini adalah nonprofit, jadi tidaklah AJ mau nak rushing-rushing kerana banyak lagi tanggungjawab yang harus di pikul dan perlu difokuskan memandangkan kini responsibiliti semakin banyak.
Berkenaan dengan hosting percuma AJ ada menjelaskannya di http://wawwi.com/blog/free-web-hosting.html.
Bolehlah A’An bergerak laju sikit dari rakan-rakan lain ya.
Berkaitan dengan autoresponder percuma ini, ada. Tetapi AJ tidak mahu membincangkannya lagi. Biarlah semua yang ada dan melawat blog AJ ini terlebih dahulu mempunyai weblog Wordpress dahulu. Ini adalah matlamat 2010 AJ melahirkan lebih ramai lagi komuniti blogger Wordpress.
@AJ,
Terima kasih atas penerangan yg panjang lebar tu…
A’An belum ada weblog Wordpress… nntla bila saya free sikit saya study and join komuniti blogger Wordpress…
@A’An,
Sama-sama
Ok.. join2x coz kalau tak A’An akan jauh ketinggalan dalam arena perjuangan Alexa Rangking nih..