Posts Tagged ‘hidup berani’

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Thursday, January 14th, 2010

NAK HIDUP, BIARLAH HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Kejayaan atau Kegagalan

Adakah AJ seorang yang berjaya? Adakah AJ telah berjaya? Memiliki suatu impian yang diingini adakah telah tercapai?

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Sedang Menghadap Laptop di meja makan ruang tamu

AJ merenung. Melihat persekitaran ruang tamu. Keadaan tidak terurus. Rumah yang usang ini AJ diami bersama-sama adik perempuan. Di atas meja makan inilah AJ menggerakkan jari-jemari untuk mencari sesuap nasi. Oh, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Apabila AJ dikhabarkan tentang pengertian HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dari seorang rakan bernama Cuz, AJ terfikir sejenak. Hah, benarkah AJ HIDUP BERANI UNTUK GAGAL? Erti kegagalan sudah sebati dalam diri AJ. Hidup selama ini pun HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Tidak ada apa yang AJ rasakan sesuatu yang boleh AJ terharu memikirkannya.

Oh, tahun 2009. Tahun ini bakal meninggalkan AJ tidak lama lagi. 2003 hinggalah 2009, apa yang telah AJ buat selama 6 tahun sebelum ini? AJ mempersoal dalam diri AJ lagi. Selama tempoh itu AJ dalam kehidupan remaja yang masih leka dan alpa. Masih tercari identiti diri sendiri. Maka AJ tempuhi onak dan duri dengan belajar Hidup berdikari, tak kenal erti gagal. AJ hanya tahu mencuba untuk memperbaiki diri dan mengejar apa yang diingini.

Oh 2009, Inilah permulaan tahun untuk AJ betul-betul merubah diri dari sentiasa gagal dalam erti HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kepada diri yang mengimpikan masa depan yang baik. AJ mahu untuk hidup senang kelak.

AJ yang HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sejak dari Pengajian Tinggi di sekolah, pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pengalaman bekerja sehinggalah sekarang ini. AJ ceritakan 12 Kisah AJ dalam pengertian HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sebagai tatapan motivasi dan pengajaran khas untuk rakan-rakan blogger sebagai pedoman dan iktibar. Semoga rakan-rakan akan lebih berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Kegagalan itu wajib ditempuhi oleh setiap insan yang inginkan kejayaan. Kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL AJ bermula di sini.

 

KISAH HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 1 – MEMILIH BIDANG PENGAJIAN

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL - Pilihan Bidang Pengajian

AJ sebenarnya tidak pandai, mahupun bijak. Biasa sahaja. Sejak dari di bangku sekolah mendapat keputusan yang terlalu . Keputusan peperiksaan sentiasa berada di pertengahan dari yang tercorot. Semenjak AJ mulai berpindah dari Johan Setia (Klang) dan mentap di UiTM Merbok (Kedah), AJ mulai minat untuk belajar. Saat inilah AJ mulai rajin membaca dan belajar. Walaupun AJ tahu AJ lemah berbahasa Inggeris sejak dari kecil, itu bukanlah menjadi penghalang untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Suatu hari, AJ mendapat tawaran pengajian di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Sayangnya, pilihan AJ di sini AJ salah memilih bidang pengajian yang tidak diminati. AJ sebenarnya meminati kursus Perdadangan dan Perakaunan. Namun atas pilihan dari ibu, AJ memilih juga bidang Mekanikal. Bidang ini amat mencabar bagi AJ yang lemah bab buat kerja. Buat kerja slow, tetapi bab kira mengira memang mahir. Di sekolah AJ lebih dikenali kerana sifat rajin AJ dalam belajar. Walaupun AJ sedar saat itu AJ belajar bukan mudah nak ingat. AJ kuat pelupa. Ya AJ pelupa. Terpaksa kerja dan belajar dengan lebih tekun. Alhamdulillah keputusan agak memberangsangkan walaupun diluar bidang yang AJ minati. Dalam keputusan SPM, BI kira dah nyawa-nyawa ikan. Cukup syarat sahaja untuk melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Mekanikal. Kisah HIDUP BERANI UNTUK GAGAL seterusnya pula semasa menjadi Siswa UiTM.

 

(more…)

Add to Technorati Favorites Bookmark and Share