Koleksi Kategori ‘Pembangunan Web’

DOMAIN PERCUMA UNTUK SEMUA BLOGGER

Thursday, December 24th, 2009

KISAH HIDUP BERANI GAGAL MEMILIKI DOMAIN PERCUMA

Memiliki domain sendiri suatu yang AJ idam-idamkan sejak dari 2006 lagi. Waktu itu AJ mengimpikan untuk memiliki nama domain friendmaster.com. AJ langsung tidak tahu hal berkaitan domain dan hosting lebih-lebih lagi Domain Percuma. Apatah pula Domain Berbayar.

Macam mana nak beli domain berbayar nih?
Berapa harganya?
Ada tak yang murah ya?
Ada domain sahaja boleh guna untuk blogspot tak?
Ada tak domain percuma ker?

Dan pelbagai persoalan AJ cuba untuk mempelajari selok belok berkaitan domain.

Antara usaha HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang pertama AJ cuba lakukan adalah dengan memiliki terlebih dahulu blog blogspot. http://friendmaster.blogspot.com. Pada waktu ini versi Klasik/Versi (alfa). Tidak ada lah blog versi Beta sekarang ini. Arena berblogging pada waktu itu tidaklah sehangat kini. Hampir setahun selepas itu, AJ mencuba untuk mendapatkan nama domain yang diimpikan. Sayangnya ia telah dikebas orang… :-(

Pengajaran AJ di sini, USAH BIARKAN DOMAIN YANG DIINGINI DIKEBAS ORANG. Bertindak sebelum terlambat. AJ HIDUP BERANI UNTUK GAGAL memiliki domain yang diingini.

Domain Murah - RM 29.95 setahun

 

Tahun 2007, AJ ada lah tau serba sedikit mengenai domain percuma pula, .tk, cc.cc, dan co.cc. Namun demikian waktu tersebut agak mustahak kerana Final Year nak kena pulun (dari bahasa kedah – bekerja keras) study untuk akhir semester. Berjaya lah juga graduate on time. :-)

Hal berkaitan untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL mempelajari dan memiliki Domain Percuma, aduh, AJ masih belum tergerak hati untuk belajar dan memilikinya.

Setelah hampir setahun bekerja, AJ masih lagi di tampuk yang sama. Tidak memahami lagi domain percuma mahupun domain berbayar. Selepas mempunyai domain berbayar sendiri pada tahun 2008, dan di Akhir Oktober 2009, barulah AJ tergerak hati semula untuk HIDUP BERANI UNTUK GAGAL memiliki domain percuma yang telah lama terbenam di lubuk sanubariku. Akhirnya timbul juga.. Inipun kerana AJ mahu menghasilkan e-book percuma bernama Domain dan Hosting Percuma. Nak kena cari Domain Percuma yang menarik untuk diketengahkan.

(more…)

Add to Technorati Favorites Bookmark and Share